BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SUKA BLOG SAYA? / LIKE MY BLOG?

Jumaat, 9 September 2011

All About Shah Rukh Khan







Shah Rukh Khan (bahasa Hindi: शाहरुख़ ख़ान, bahasa Urdu: شاه رخ خان), sebutan IPA: /ʃɑːhrux xɑːn/, lahir pada 2 November 1965, merupakan pelakon Bollywood dan penerbit filem yang masyhur, dan abru-baru ini menjadi hos rancangan kuiz popular, Kaun Banega Crorepati. beliau mengahwini Gauri Khan dan mereka bersama melahirkan seorang anak lelaki, Aryan, dan seorang anak perempuan,Suhana.



Biografi

Kehidupan Awal

Shah Rukh Khan dilahirkan oleh ibu bapa berketurunan Pathan, Taj Mohammed Khan dan Lateef Fatima,[1] dan juga merupakan cucu kepada Mejar Jeneral Shah Nawaz Khan yang pernah berkhidmat dalam Tentera Negara India di bawah Subash Chandra Bose.[2] Keluarga beliau tiba di India dari Bazaar Qissa Khawani di Peshawar, sebelum peristiwa Pemisahan India.[3] Khan memasuki St. Columba's Schooldi mana dia berjaya dalam bidang sukan, seni lakon dan akademik. Beliau pernah meraih Sword of Honour, anugerah tahunan yang dikurniakan kepada murid yang paling banyak mencerminkan semangat sekolahnya.[perlu rujukan] Selepas itu beliau memasuki Kolej Hansraj (1985-1988) di mana dia meraih ijazah sarjana muda dalam jurusan Ekonomi.
Setelah itu, beliau mengaji untuk Masters Degree dalam Komunikasi Massa di Universiti Jamia Millia Islamia.

Kerjaya

Khan melancarkan kerjayanya pada tahun 1988 apabila beliau muncul dalam siri televisyen Fauji, memegang watak Komando Abhimanyu Rai.[4] Kemudian beliau memainkan peranan kecil dalam siri Circus pada 1989.[5] yang memaparkan kehidupan ahli serkas. pada tahun yang sama beliau memegang peranan kecil lagi dalam filem televisten In Which Annie Gives it Those Ones. Setelah meninggalnya ibu bapa mereka Khan berpindah dari New Delhi ke Mumbai untuk melancarkan semula kerjayanya pada 1991.[6] Kemunculan Bollywood pertamanya dalam filem Deewana (1992) yang disambut hangat terus melancarkan kerjayanya di Bollywood.
Khan menerima ulasan positif untuk persembahan beliau dalam filem Baazigar dan Darr (1993), di mana beliau masing-masing memainkan watak anti-hero dan pencinta obsesif. Pada tahun 1995 beliau membintangi Dilwale Dulhania Le Jayenge yang mencapai kejayaan dari segi ulasan dan komersial[7] lalu mencapai tahun kedua belasnya dalam panggung wayang diMumbai, mengutip lebih satu bilion rupee secara keseluruhannya.[8]
Setelah kejayaan Dilwale Dulhania Le Jayenge Khan dikenali dengan pempasangannya dalam skrin bersama pelakon wanita Kajol yang sama masyhurnya. Kajol mula bekerja dengan Khan dalam Baazigar di mana bermulanya persahabatan mereka. Kini Khan, bersama Kajol dan Karan Johar mempunyai hubungan istimewa.
Khan meneruskan kolaborasi dengan pengarah-pengarah Yash Chopra dan Karan Johar dengan membintangi beberapa filem romantis arahan mereka yang menjadi kejayaan komersial termasuk Dil to Pagal Hai (1997), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Mohabbatein (2000), Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001), Kal Ho Naa Ho (2003) dan Veer-Zaara (2004).[9] Khan juga meraih ulasan positif bagi persembahannya di Anjaam (1994), Dil Se (1998), Hey Ram (2000), Swades (2004), dan Paheli (2005) yang tidak disambut sebaik judul-judul filem tadi.
Pada 2006 beliau kembali bekerjasama dengan Karan Johar bagi filem ramai bintang berjudul Kabhi Alvida Na Kehna yang berjaya dalam panggung di dalam dan luar negara India. Pada tahun yang sama beliau memegang watak tajuk dalam Don, iaitu pembikinan semula filem 1978 Don yang juga pernah sukses dalam industri.
Khan juga menerbit filem dan memiliki Dreamz Unl, sebuah syarikat penerbitan filem, bersama Juhi Chawla dan pengarah bernama Aziz Mirza. Dua filem pertama yang diterbit oleh beliau dan juga dibintangi beliau, Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000) dan Asoka (2001) tidak berjaya meraih kutipan lumayan.[10][11]
Filem ketiganya sebagai penerbit dan pelakon utama, Chalte Chalte (2003), merupakan hit pertamanya dari syarikat penerbitan beliau. [12]. Pada 2004 Main Hoon Na yang dihasilkan oleh sebuah lagi syarikat penerbitan beliau, Red Chillies Entertainment[13] juga berjaya dalam panggung wayang. Pada tahun 2005 beliau menerbit dan membintangi Paheli yang pernah menjadi pilihan India bagi Kategori Filem Asing Terbaik Anugerah Academy namun tidak berjaya memenangi anugerah tersebut. Paheli juga tidak lumayan dalam pawagam.[14] Pada tahun yang sama beliau juga menerbit filem Kaal bersama Karan Johar dan menyanyikan sebuah lagu bagi filem tersebut bersama Malaika Arora Khan.
Nasreen Munni Kabir, seorang pembikin filem British, menerbitkan satu rancangan dokumentari mengenai Khan, "The Inner and Outer World of Shah Rukh Khan" (2005). Dokumentari ini, yang turut merangkumi jelajah konsert Temptations 2004 beliau, membandingkan dunia dalaman keluarga dan kehidupan seharian Khan dengan dunia luaran kerjayanya. Baru-baru ini buku "Still Reading Khan" yang diterbitkan pada tahun 2006, juga mengisahkan Khan yang bersuara mengenai hidup beliau sekeluarga.
Kini, Khan memegang peranan Kaun Banega Crorepati, versi India Who Wants To Be a Millionaire?[15] setelah mengambil alih peranan itu daripada Amitabh Bachchan. Rancangan ini dianggap rancangan paling popular dalam sejarah televisyen India. Pada 22 Januari 2007, rancangan kuiz tersebut kembali setelah lama menyepi. Ulasan gaya penyampaian Khan kebanyakannya positif kerana kemesraan dan unsur humor beliau. [16]
Pada Oktober 2008, kerajaan Melaka di Malaysia mengumumkan bahawa Khan bakal dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.[17] Perkara ini menjadi perbualan hangat bertahap kontroversi kerana ramai pihak, termasuk SENIMAN mempersoalkan sumbangan beliau kepada negara[18], selain menggambarkan filem One 2 Ka 4di Melaka pada tahun 2001.[19] Beliau hadir di Melaka untuk menerima anugerah tersebut pada 6 Disember.[20]
Pada Jun 2011, filem My Name is Khan menangi kategori filem terbaik, lirik terbaik, pengarahan terbaik yang dibolot oleh Karan Johar. Pelakon Datuk Shahrukh Khan juga memenangi kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem My Name is Khan dalam Majlis Anugerah Oscar Bollywood di Toronto, Kanada.[21]


Senarai lakonan filem

TahunFilemPerananNota
1992DeewanaRaja SahaiPemenangFilmfare Best Male Debut Award
IdiotPawan Raghujan
ChamatkarSunder Srivastava
Raju Ban Gaya GentlemanRaju (Raj Mathur)
Dil Aashna HaiKaran
1993Maya MemsaabLalit Kumar
King UncleAnil Bhansal
BaazigarAjay Sharma/Vicky MalhotraPemenangFilmfare Best Actor Award
DarrRahul MehraTercalon, Filmfare Best Villain Award
Kabhi Haan Kabhi NaaSunilPemenangFilmfare Critics Award for Best Performance
Tercalon, Filmfare Best Actor Award
1994AnjaamVijay AgnihotriPemenangFilmfare Best Villain Award
1995Karan ArjunArjun Singh/Vijay
Zamana DeewanaRahul Malhotra
GudduGuddu Bahadur
Oh Darling! Yeh Hai India!Hero
Dilwale Dulhania Le JayengeRaj MalhotraPemenangFilmfare Best Actor Award
Ram JaaneRam Jaane
TrimurtiRomi Singh
1996English Babu Desi MemVikram/Hari/Gopal Mayur
ChaahatRoop Rathore
ArmyArjunCameo
Dushman Duniya KaBadru
1997GudgudeeKemunculan istimewa
KoylaShankar
Yes BossRahul JoshiTercalon, Filmfare Best Actor Award
PardesArjun Saagar
Dil To Pagal HaiRahulPemenangFilmfare Best Actor Award
1998DuplicateBablu Chaudhry/Manu DadaTercalon, Filmfare Best Villain Award
AchanakDirinya sendiriKemunculan istimewa
Dil SeAmarkant Varma
Kuch Kuch Hota HaiRahul KhannaPemenangFilmfare Best Actor Award
1999BaadshahRaj Heera/BaadshahTercalon, Filmfare Best Comedian Award
2000Phir Bhi Dil Hai HindustaniAjay Bakshi
Hey RamAmjad Ali Khan
JoshMax
Har Dil Jo Pyar KaregaRahulCameo
MohabbateinRaj Aryan MalhotraPemenangFilmfare Critics Award for Best Performance
Tercalon, Filmfare Best Actor Award
Gaja GaminiDirinya sendiriKemunculan istimewa
2001One 2 Ka 4Arun Verma
AsokaAsoka
Kabhi Khushi Kabhie Gham...Rahul RaichandTercalon, Filmfare Best Actor Award
2002Hum Tumhare Hain SanamGopal
DevdasDevdas MukherjeePemenangFilmfare Best Actor Award
Shakti: The PowerJaisinghKemunculan istimewa
SaathiyaYeshwant RaoCameo
2003Chalte ChalteRaj Mathur
Kal Ho Naa HoAman MathurTercalon, Filmfare Best Actor Award
2004Yeh Lamhe Judaai KeDushant
Main Hoon NaMaj. Ram Prasad SharmaTercalon, Filmfare Best Actor Award
Veer-ZaaraVeer Pratap SinghTercalon, Filmfare Best Actor Award
SwadesMohan BhargavaPemenangFilmfare Best Actor Award
2005Kuch Meetha Ho JaayeDirinya sendiriKemunculan istimewa
KaalKemunculan istimewa dalam lagu Kaal Dhamaal
SilsilaySutradharCameo
PaheliKishenlal/The Ghost
The Inner and Outer World
of Shah Rukh Khan
Dirinya sendiri (Biopic)Documentary directed by British-based author
and director Nasreen Munni Kabir
2006AlagKemunculan istimewa dalam lagu Sabse Alag
Kabhi Alvida Naa KehnaDev SaranTercalon, Filmfare Best Actor Award
Don - The Chase Begins AgainVijay/DonTercalon, Filmfare Best Actor Award
Tercalon, Asian Film Award for Best Actor
I See YouKemunculan istimewa dalam lagu Subah Subah
2007Chak De IndiaKabir KhanPemenangFilmfare Best Actor Award
Heyy BabyyRaj MalhotraKemunculan istimewa dalam lagu Mast Kalandar
Om Shanti OmOm Prakash Makhija/
Om Kapoor
Tercalon, Filmfare Best Actor Award
2008Krazzy 4Kemunculan istimewa dalam lagu Break Free
BhoothnathAditya SharmaCameo
Rab Ne Bana Di JodiSurinder Sahni/RajTercalon, Filmfare Best Actor Award
Kismat KonnectionPencerita
2009Luck by ChanceDirinya sendiriGuest appearance
BilluSahir Khan
2010Dulha Mil GayaPawan Raj Gandhi (PRG)Extended appearance
My Name Is KhanRizwan KhanPemenangFilmfare Best Actor Award
Shahrukh Bola Khoobsurat Hai TuDirinya sendiriKameo
2011Koochie Koochie Hota HainRocky (Voice-over)Pascapenerbitan
Ra.OneG.OnePascapenerbitan
Don 2 - The Chase ContinuesDonPascapenerbitan

Rujukan

  1.  The Shah Rukh Connection
  2.  "Badshah at durbar and dinner". telegraphindia.comhttp://www.telegraphindia.com/1040531/asp/frontpage/story_3313328.asp. Dirujuk pada 12 March 2007.
  3.  Rediff News Gallery: The Shah Rukh Khan Connection
  4.  The camera chose Shah Rukh Khan
  5.  http://news.bbc.co.uk/2/hi/entertainment/2204900.stm Shahrukh goes global]
  6.  http://www.time.com/time/asia/2004/heroes/hshah_rukh_khan.html
  7.  http://www.boxofficeindia.com/alltime.htm
  8.  "´DDLJ´ Enters The Twelfth Year At The Theaters!". planetbollywood.comhttp://www.planetbollywood.com/displayArticle.php?id=011307064804. Dirujuk pada 14 January 2007.
  9.  http://www.boxofficeindia.com/shahrukhkhan.htm
  10.  http://www.boxofficeindia.com/2001.htm.
  11.  http://www.boxofficeindia.com/2001.htm
  12.  http://www.boxofficeindia.com/2003.htm
  13.  http://www.boxofficeindia.com/2004.htm
  14.  http://www.boxofficeindia.com/2005.htm
  15.  http://www.iht.com/articles/ap/2007/01/18/arts/AS-A-E-TV-India-Millionaire-Show.php
  16.  http://www.businessofcinema.com/2007/22jan/shahrukh_kbc.htm
  17.  Amirullah Andi Nur. "Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk", Berita Harian, 2008-10-10. Dicapai pada 2008-10-21. 
  18.  Seniman Terkilan Shah Rukh Khan Dikurnia Datuk
  19.  "Malaysia knights Bollywood heart-throb amid outcry", AFP, 2008-10-12. Dicapai pada 2008-10-21. 
  20.  "SRK is now Datuk Shahrukh Khan", The Times of India, 2008-12-06. Dicapai pada 2008-12-06. 
  21.  "Datuk Shahrukh Khan Menang Aktor Terbaik 2011". 

http://ms.wikipedia.org/wiki/Shah_Rukh_Khan


Galeri Filem SRK









0 ulasan:

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers