BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SUKA BLOG SAYA? / LIKE MY BLOG?

Memaparkan catatan dengan label Dunia Penyusuan Ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia Penyusuan Ibu. Papar semua catatan

Khamis, 26 Januari 2012

Tips Untuk Penyusuan Berjaya

1. Mulakan penyusuan sebaik sahaja bayi anda dilahirkan.
---> Kajian menunjukkan selepas beberapa minit lahir, bayi dengan automatik akan mencari puting ibu untuk menyusu. Bayi yang ‘self-attached’ akan mengalami kurang masalah dengan penyusuan badan. 

2. Jangan mengehadkan tempoh menyusu atau kekerapan bayi anda menyusu.
---> Ramai mengatakan bayi sepatutnya diberi susu setiap 2 jam. Tetapi belajar memahami kehendak bayi anda dan tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda lapar. Susukan bayi anda jika dia mahu. 

3. ‘Latch’ yang betul antara bayi anda dengan puting memastikan kejayaan proses penyusuan anda.
---> ‘Latch’ yang sempuna adalah kunci kejayaan dalam proses penyusuan badan. Jangan segan untuk bertanya kepada mereka yang pakar dan pastikan anda tahu cara bagi memastikan bayi anda menyusu dengan sempurna. Puting melecet antara tanda ‘latch’ yang tidak sempurna.

4. Susu formula percuma bukan penyelamat anda.
---> Tujuan utama anda diberikan sampel susu formula percuma adalah untuk menggalakkan anda membeli susu formula keluaran syarikat mereka. Tiada yang lebih berkhasiat selain dari susu ibu. Bayi anda berhak mendapat nutrisi terbaik dan pastikan anda memenuhi hak mereka. Jika bayi anda ‘latch’ dengan sempurna, kemungkinan untuk bayi anda menyusu sehingga kenyang adalah tinggi. Jadi, tidak perlu berikan bayi anda susu formula tetapi belajar cara yang betul untuk memastikan bayi anda ‘latch’ dengan sempurna.

5. Fahami konsep ‘Supply & Demand’
---> Di sekitar minggu ke 28 kehamilan, badan anda akan mula menghasilkan susu. Jadi, tidak ada alasan kenapa anda tidak boleh memberi bayi anda susu badan sebaik sahaja dia lahir. Untuk memastikan susu badan terus terhasil pastikan anda mengamalkan konsep ‘Supply & Demand’. Badan anda memerlukan rangsangan (Demand) untuk menghasilkan susu (Supply). Rangsangan boleh terjadi melalui hisapan bayi atau pam. 

6. Nutrisi sempurna.
---> Nutrisi yang lengkap dan seimbang akan memastikan kesihatan anda berada pada tahap optimum dan secara tidak langsung akan membolehkan badan anda terus menghasilkan susu badan. Komponen utama susu ibu adalah protein, kalsium, vitamin, mineral dan cecair. Pastikan diet harian anda lengkap dengan kesemua komponen ini dan anda tidak akan ada masalah untuk terus menghasilkan susu buat si kecil. Kekurangan nutrisi akan menganggu kesihatan badan ibu dan secara tidak langsung akan mengganggu proses penghasilan susu badan. 

7. Tenang, positif, doa dan istiqamah
---> Susu ibu adalah anugerah Allah untuk si kecil. Anda harus sentiasa bertenang, elakkan tekanan emosi yang melampau, sentiasa berfikiran positif bahawa anda mampu menghasilkan susu badan untuk si kecil, sentiasa berdoa dan istiqamah dalam melakukan rangsangan (Demand) agar badan anda mampu menghasilkan susu (Supply).

Susu Lebih Pekat dan Berkrim Buat Si Kecil

Susu ibu adalah anugerah Allah buat si kecil. Kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral, karbohidrat, protein dan lemak yang tidak boleh dijumpai dalam mana-mana susu formula di luar sana. Susu ibu juga mengandungi antibodi untuk memberikan bayi pertahanan badan dari jangkita dan antibodi ini tidak boleh didapati dalam susu formula. Bayi anda berhak mendapat nutrisi yang terbaik dan susu ibu adalah pilihan yang paling tepat. 

Namun, ramai ibu di luar sana yang mengalami masalah penyusuan termasuklah penghasilan susu yang sedikit, susu yang cair atau tiada susu langsung. Antara faktor utama adalah pengambilan nutrisi yang tidak lengkap oleh ibu. Kesibukan harian lebih-lebih lagi ibu yang berkerjaya sememangnya boleh menghalang kita dari mengambil diet yang lengkap. Malah tekanan seharian juga boleh mempengaruhi badan ibu dalam menghasilkan susu. 

Nutrisi yang lengkap adalah penting untuk memastikan kesihatan ibu berada pada tahap yang optimum. Pengambilan supplement Shaklee adalah antara usaha yang boleh dilakukan oleh kita kerana supplement akan mengisi kekosongan nutrisi yang kita tidak peroleh melalui diet seharian. Bila badan ibu sihat, barulah penghasilan susu pun meriah dan si kecil pon gembira. Tidak percaya? Lihatlah testimoni ibu yang telah mengamalkan supplement Shaklee ini. 

Beliau berjaya melakukannya dengan usaha dan doa bersungguh-sungguh. Pengambilan supplement Shaklee ini tidak akan menambahkan susu ibu tetapi meningkatkan tahap kesihatan ibu ke tahap optimum. Bila badan ibu sihat dan cukup nutrisi, barulah penghasilan susu meriah kan. Jika anda ibu yang mahukan yang terbaik buat bayi anda, boleh hubungi saya untuk konsultasi percuma. Ramai ibu di luar sana sanggup membeli susu formula yang mahal untuk bayi mereka. Kenapa tidak kita keluarkan sedikit duit bagi memastikan badan kita mampu menghasilkan susu ibu yang jauh lebih berkhasiat dari mana-mana susu formula di luar sana.

10 Sebab Kenapa Anda Mesti Memberi Bayi Anda Susu Ibu

1. Ia mudah dan cepat (tidak perlu botol, sukat dan kocak)

2. Ia melindungi bayi anda dari penyakit, virus, sakit perut dan jangkitan serta mengurangkan risiko mereka untuk mendapat alergi dan lelah (asthma).

3. Susu ibu mengandungi oxytocin (‘love hormone’) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.

4. Ia mengandungi lebih 400 vitamin, mineral, lemak dan protein yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana susu formula di pasaran.

5. Bayi yang minum susu ibu mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang minum susu formula (lebih lama bayi menyusu badan lebih tinggi tahap IQ nya).

6. Susu ibu dihasilkan bersesuaian dengan keperluan nutrisi dan imunisasi badan bayi anda.

7. Susu ibu melindungi bayi dari SIDS (Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut).

8. Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin.

9. Susu ibu mengandungi protein dan lemak istimewa yang menggalakkan perkembangan otak bayi yang tidak boleh ditemui di dalam mana-mana susu formula di pasaran.

10. Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda.

Khamis, 5 Januari 2012

Breastfeeding

Jumaat, 4 November 2011

Panduan Menyimpan dan Memanaskan Susu Ibu

Pastikan susu yang anda beri selamat untuk bayi. Ketahui cara menyimpan dan memanaskan susu ibu yang diperah.
      Menyimpan Susu Ibu
  Bekas Untuk Menyimpan Susu Ibu
 
    -   Botol susu kecil amat sesuai digunakan.{mosimage}  
    -   Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti
sejukbeku. termasuklah bekas dadih. 
    -   Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela,
Avent, Gerber, Playtex. 
    -   Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu. 
  Membersihkan Bekas Penyimpanan
 
    -   Untuk bayi yang sihat basuh bekas dalam air panas bersabun.  
    -   Bilas dengan air panas.  
    -   Biarkan bekas kering di tempat yang bersih. 
    -   Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedaibayi atau farmasi. 

  Panduan Menyimpan Susu Ibu
 
    -   Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah. 
    -   {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan. 
    -   Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan
pembaziran. 
    -   Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk. 
    -   Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu
mengembang semasa proses sejukbeku. 
 
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.
Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
 
    -   Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam 
    -   Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam 
    -   Peti sejuk 1 pintu

 1 / 2Panduan Menyimpan dan Memanaskan Susu Ibu
- bahagian fridge 4°C: 7 hari
- bahagian freezer -15°C: 2 minggu 
    -   Peti sejuk 2 pintu
- bahagian fridge, 4°C: 5 hari
 - bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan 
    -   Deep freezer -20°C: 6 bulan  
  Penting:
 
    -   Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas
diperah. 
    -   Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu). 
    -   Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.  
  Menyahbeku Susu Ibu
 
    -   {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam
masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.  
    -   Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan. 
    -   Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu. 
    -   Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam
ATAU...
...lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair,
lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya. 
    -   Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam
mangkuk yang berisi air panas. 
    -   Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven
atau di atas api. 

  Panduan Memberi Susu Ibu
 
    -   Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda
sebelum menggunakannya. 
    -   Pegang bayi semasa memberinya susu perahan. 
    -   Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi. 
    -   Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan. 
    -   Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya. 

Penyimpanan Dan Pengendalian Perahan Susu Ibu

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.


ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH 

  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni  boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel. 
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
  (sebelum dibekukan) - 3-7 hari
  (selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN: 
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula 
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 
  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. 

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Kaedah memerah

Memerah susu ibu adalah bertujuan untuk membekalkan susu ibu ketika ibu tiada bersama dengan bayi, terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja. Selain dari itu, memerah susu ibu boleh merangsang pengeluaran serta meningkatkan pengeluaran susu ibu. Bagi bayi pra-matang yang belum bersedia menghisap susu secara terus dari ibunya, susu diperah dan disalurkan kepada bayi melalui saluran tiub atau pun menggunakan shringe. Selain dari itu, ibu-ibu jugak memerah susu ibu untuk mengelakkan pembengkakan buah dada yang boleh menyebabkan kesakitan kepada ibu.


Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, lakukan urutan lembut pada buah dada. Selain dari itu, penggunaan tuala suam juga membantu melancarkan pengaliran susu ketika memerah.

Terdapat beberapa kaedah memerah yang boleh dilakukan

(1) Menggunakan tangan
Selain daripada mudah, ia juga murah dan bagi ibu yang sudah mahir, mereka dapat memerah susu yang lebih banyak berbanding menggunakan pam.
>Kaedah<
(A) Basuh tangan dan bekas yang akan anda gunakan untuk menadah susu badan. Duduk dalam keadaan yang anda selesa. Letakkan bekas tadi di bawah puting anda. Letakkan tuala basah yang suam untuk merangsang pengaliran susu. Urut payudara dan puting untuk mendapatkan refleks ejeksi susu. Tekan perlahan-lahan sambil membuat bulatan di sekeliling payudara.
(B) Tekan payudara dengan lembut, gerakkan jari-jari anda dari bahagian dada ke arah puting.
(C) Posisikan ibu jari dan 4 jari lain 2-3 cm di belakang puting dan tekan payudara anda.
(D) Tekan jari-jari anda sambil menggolekkannya ke arah puting. Lepaskan dan tekan semula untuk mengeluarkan susu. Anda sepatutnya tidak merasa sakit semasa proses ini.
(E) Tukar posisi jari-jari anda ke bahagian lain pula untuk memerah duktus-duktus susu yang lain pula. Selepas 3-5 minit, aliran susu akan semakin perlahan. Tukar Payudara sebelah pula. Lakukan proses yang sama dan selepas itu anda boleh beralih semula ke payudara pertama tadi. Ulang semampu anda. Kebiasaannya, sesi-sesi awal mengambil masa 20-30 minit. Setelah anda menguasai teknik ini, masa yang diambil akan semakin pendek. 


(2) Menggunakan pam manual
 
Kini terdapat banyak jenama pam manual dipasaran, terpulang kepada budget dan keperluan ketika membeli pam. Tidak semestinya pam yang mahal akan memberikan hasil perahan susu yang banyak, kerana ia bergantung kepada cara memerah. Kebaikan menggunakan pam manual ialah, ianya ringan serta boleh digunakan dimana-mana kerana tidak memerlukan sumber elektrik. 

Bagaimana pun sesetengah ibu berpendapat penggunaan pam manual agak memenatkan. Kelebihannya ialah, dengan penggunaan pam manual, kadar sedutan pam boleh dikawal dengan mudah bersesuaian dengan kadar hisapan bayi. Ramai ibu berpendapat dengan penjagaan yang baik, pam manual boleh tahan lebih lama dan boleh digunakan untuk bukan saja seorang malah hingga beberapa orang anak.
 

Contoh pam manual yang terdapat dipasaran:
(A) Avent Isis ( Basic: RM219, Out and About : RM389, Jusco, Babyland)
(B) Pureen (Jusco) (C) Pigeon manual (Rm50++)
(C) Anakku (RM49.90)
 
(D) MAM Care
(E) Medela Harmony


(3) Pam menggunakan kuasa bateri
 
Pam bateri tidak banyak terdapat dipasaran tetapi masih mendapat tempat memandangkan ia tidak memenatkan sebagaimana pam manual dan tidak begitu berat berbanding pam elektrik. Bagaimana pun, apabila kuasa bateri semakin berkurangan kadar sedutan pam akan sedikit terjejas dan perlu sentiasa menyediakan bateri spare untuk masa-masa kecemasan. Bagaimana pun jangan panik sekiranya terlupa membawa bateri spare kerana masih boleh memerah susu dengan menggunakan tangan.

Jenis pam berkuasa bateri yang boleh didapati :
(A) Pureen
(B) Tollyjoy


(4) Pam menggunakan kuasa elektrik

Walau pun pam elektrik jauh lebih mahal berbanding pam manual dan bateri, tetapi ia semakin diminati ramai kerana memudahkan kerja mengepam serta dapat menjimatkan masa. Ini kerana, bagi kebanyakan ibu bekerja masa untuk mengepam adalah amat terhad dan penggunaan pam elektrik, lebih-lebih lagi dual-pump dapat membantu mereka menjimatkan masa mengepam di samping mendapat hasil sebagaimana penggunaan pam manual yang biasanya sedikit mengambil masa dan agak memenatkan.

Faktor-faktor ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu terus menyusukan bayi mereka secara ekslusif. Tetapi, haruslah berhati-hati ketika memilih kuasa sedutan kerana sekiranya memilih kadar sedutan (suction) yang terlalu kuat, bukan saja hasil yang didapati bakal mengecewakan malah ia akan turut menyebabkan kesakitan. Selain dari itu, oleh kerana memerlukan sumber elektrik dan agak berat penggunaannya agak terhad.

Ada sesetengah ibu yang memilih pam manual ketika berada di tempat kerja, dan menggunakan pam elektrik ketika di rumah untuk digunakan ketika bangun untuk memerah susu di awal pagi. Ini adalah terpulang kepada keperluan individu.
Contoh-contoh pam elektrik yang biasa digunakan
(A) Spectra 3 (RM368)
(B) Ameda-lactaline dual breastpump (RM788)
(C) Medela mini e (RM449) , Dual pump (RM699), Swing (RM768)

Apa pun jenis pam atau kaedah yang digunakan pastikan sentiasa menggunakan barang yang bersih dan disteril. Cuci tangan dengan sabun sebelum memerah susu.

How Long to Breastfeed

After figuring out how to hold your baby and how to get aproper latch-on, the next obvious question is "How long am I supposed to do this for?"

Most mothers will want an exact answer such as "feed your baby 20 minutes per breast"; but this is not possible since every mother-baby pair is different. Although there are general guidelines to help you (see below), the best answer is "feed your baby until he has had enough". He has had enough when he starts non-nutritive sucking

 
  • Newborns can nurse for 5 to 10 minute per breast; every 2 to 3 hours. This comes to about 10 to 12 feedings per day. In the beginning, there is only colostrum, and there’s not very much of it, so be ready to feed often but for short durations.
  • One month or more: as baby gets older, his stomach will get larger. He will nurse less frequently but for a longer duration at each feeding session. For example, he may nurse 20 to 40 minute per breast every 3 to 4 hours.
  • By 6 months, Baby may breastfeed for 20 to 40 minutes per breast; 3 to 5 times per day.
Some babies drink quickly and are done after 10 minutes. Other babies drink slowly -stopping to rest after a few sucks- and will nurse for over 40 minutes. A baby isreally drinking breast milk if:
  • he is taking long, deep sucks on the breast,
  • you can hear him swallowing,
  • you can see his mouth moving up and down,
  • you can see his temple moving with each suck,
  • you can see a sliver of milk on the side of his mouth pulsating with every suck, and/or
  • you can feel milk draining out of your breasts.
When these things are happening, then your baby is actively sucking and eating. Let him eat. You can't over feed a breastfed baby.



Non Nutritive Sucking

On the other hand, if your baby is sucking only occasionally or is making quick, shallow sucks, then he is not really drinking. He is comforting himself on your breast through non-nutritive sucking. Of course, all babies like to snuggle by and suck on mother's warm breast; this is expected and will happen. But...

  • Non-nutritive sucking may not illicit the let-down reflex, so although Baby may be on your breast, he is not getting any milk. If your baby is not drinking your milk, your body will not produce any more (no supply when there is no demand).
  • Continual non-nutritive sucking may give you sore nipples.
  • And lastly, it may not be to your benefit to be a human pacifier.
--> If your baby does non-nutritive sucking, even at the beginning of the feeding session, then you should speak to a lactation consultant and get professional help. 
--> If your baby is doing non-nutritive sucking at the end of the feeding session, then the choice is yours: allow him to take comfort from your breast or remove him from your breast and hold & rock him instead.

How Much is Enough? 
Newborns:
When a normal, full-term baby is first born, he doesn't need to eat very much because he has accumulated a supply of food stores while he was in the womb. It will take 3 or 4 days before he uses up his energy stores and need to eat. Luckily, this is the time when your mature milk should come-in too. 
When babies are first born, they have excess body fluid because they were suspended in, and lived in a liquid environment. Your baby will actually loose weight for the first 5 or so days. After that, Baby should increase weight again and be back to his birth weight by day 10. During these early days, weighing your baby as a way to determine how much he has eaten does not work. You need to count the number of dirty diapers he has.



  • During the first 2 or 3 days after birth, when your baby is drinking colostrum, he should have about 2 or 3 poopy diapers per day. The poop (called meconium) is very dark in color: black or deep green. This is normal, the colostrum helps your baby remove the material that was in his intestines while he was in your womb.
  • After your milk has come in, your baby should have 6 or more poopy diapers a day. The poop is runny and may appear seedy. It can be yellow, yellowish-brown, or brown in color. 
At all times, his urine should be pale yellow and he should not appear dehydrated (signs of dehydration include: bags under his eyes; dull, sleepy eyes; poor skin texture, and/or poor skin color).

After the Second Month:
After two months, your baby is getting enough breast milk if he is gaining weigh consistently. On average, aim for a gain of 4 to 8 ounces (about 100g) per week. Weight gain can be sporadic so don't be discouraged if he gains 2 ounce in one week but then gains 6 ounces the next week. This is especially true since babies go through growth spurts. During these times they will eat more often and drain breast milk quicker. Don't worry, when your breasts are emptied out, your body will know to produce more breast milk within 2 or 3 days: supply will increase with an increase in demand. 
After Six Months:
After six months of age, your baby's growth rate will slow down a bit: about 2 to 4 ounces per week. Baby may start solid food at this time. Note that "solid" food means gooey baby cereals and mashed vegetables that are more liquid than solid. Nevertheless, this is the beginning of his journey towards solid food.
Some mothers will express breast milk and use it in baby cereals. Other mother’s will use formula for mixing with baby cereals. Still yet, some mothers choose this time to ween their baby off breast milk and begin formula feeding. What will you choose to do?

Hukum Penyusuan (JAKIM, EoF)

mar 3, 2011Author: Ummu Ibtisam | Filed under: Perspektif Islam Terhadap Penyusuan Ibu


———————————————————————————————————————–
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh Puan Ayuni berkaitan hukum  penyusuan dan bank susu, berikut disertakan maklumat-maklumat umum yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, memandangkan isu ini sedang dalam kajian hukum, terdapat beberapa persoalan yang tidak dibincangkan dengan teliti terutamanya soalan-soalan berkaitan pengurusan bank susu. Semoga penjelasan di bawah dapat membantu puan dalam isu ini.
PENYUSUAN HAK BAYI
1. Para fuqaha menjelaskan penyusuan merupakan hak seorang bayi dengan pendapat mereka seperti berikut:
Maksudnya:
Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya.
2. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT yang berbunyi:
Maksudnya:
“…dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”
Surah al-Baqarah 2: 233
3. Seseorang bayi memerlukan makanan yang diperolehi daripada penyusuan. Maka menjadi kewajipan ke atas bapanya untuk memberikan nafkah makanan dan pakaian kepada si ibu. Ini kerana melaluinya, bayi akan mendapat sumber makanan secukupnya.
4. Dalam perbahasan syariah, penyusuan disebutkan sebagai salah satu isu penting yang melibatkan isu-isu syariah. Penyusuan ini turut dikenali sebagai al-rada’ah
                    

AL-RADA’AH
5. Al-rada’ah merujuk kepada keadaan di mana sampainya susu seseorang wanita ke dalam rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan menyusu terus daripada payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa  kaedah yang boleh menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu ( Abdul Karim Zaidan, Al-MufaÎÎal fi ahkÉm al-mar’ah wa bait al-muslim fi syarÊah al-islamiyyah, cet. 3, jil. 9, (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2000), m/s: 462.)


6. Definsi ini menjelaskan bahawa terdapat tiga perkara penting dalam konteks penyusuan iaitu:
a. Bayi;
b. Ibu yang menyusu; dan
c. Kaedah penyusuan.
 
7. Sepertimana yang disebutkan dalam subtopik pertama, seseorang bayi berhak mendapatkan susu. Tempoh sempurna seseorang bayi itu mendapatkan susu secukupnya ialah 2 tahun genap. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..”  Surah al-Baqarah 2: 233
8. Manakala, seseorang wanita yang menyusukan bayi tersebut boleh terdiri daripada ibu kandungnya dalam ikatan perkahwinannya atau yang telah diceraikan atau wanita yang bukan ibu kandungnya.
9. Kaedah penyusuan pula merujuk kepada penyusuan terus daripada payudara wanita yang menyusukan atau apa-apa kaedah lain seperti susu yang diperah dan disimpan di dalam botol dan disusukan bayi tersebut melalui botol itu. Jika  dilihat pada realiti hari ini expressed breast milk (EBM), menepati kaedah penyusuan yang disebutkan oleh para fuqaha.
10. Secara umumnya, telah jelas disebutkan, seseorang bayi perlu disusukan dan boleh disusukan oleh wanita yang bukan ibu kandungnya dalam keadaan yang memerlukan melalui kaedah penyusuan yang betul. Justeru, terdapat beberapa implikasi syariah dalam membincangkan isu ini.

HUKUM PERTALIAN DISEBABKAN PENYUSUAN

11. Isu-isu syariah utama yang sering dikaitkan dengan hukum penyusuan adalah seperti berikut:
a. Tanggungjawab memberi nafkah oleh seseorang bapa;
b. Tanggungjawab seseorang ibu menyusukan bayi;
c. Hubungan pertalian yang diharamkan berkahwin;
d. Penubuhan bank susu.
12. Walau bagaimanapun, skop perbincangan difokuskan kepada hubungan pertalian kekeluargaan kesan daripada hukum penyusuan. Hukum pertalian ini menatijahkan bayi tersebut tidak boleh berkahwin dengan ibu yang menyusuinya serta ahli keluarga tertentu daripada ibu tersebut. Pihak-pihak yang diharamkan berkahwin dengannya akan diterangkan pada perkara 18.

13. Untuk mencapai tahap pertalian kekeluargaan antara bayi dan wanita yang menyusukannya, terdapat beberapa syarat berdasarkan kepada tiga aspek berikut perlu dipenuhi:
a. Bayi;
b. Wanita yang menyusukan; dan
c. Kaedah penyusuan.
14. Syarat yang berkaitan dengan bayi adalah seperti berikut:
a. Umur bayi tidak melebihi dua tahun;
b. Tidak disyaratkan bayi tersebut beragama Islam memandangkan tiada nas yang melarang seseorang wanita Islam menyusukan bayi bukan Islam. Namun begitu, perlu ditekankan penyusuan tidak mengubah agama
seseorang.
 Syeikh Attiyyah Saqar menjelaskan bayi akan kekal dalam agamanya dan begitulah sebaliknya. ( Sheikh Attiyah Saqar, A Non Muslim Breastfeeding a Muslim Child, 20 Jun 2006.
Diperolehi daripada
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503549018&pagename=IslamOnline-English-
Ask_Scholar/FatwaE/FatwaEAskTheScholar.
Dilayari pada 24 Januari 2011)
c. Tidak disyaratkan juga identiti ibu bapa bayi tersebut diketahui. Bagi bayi yang diketahui identiti ibu bapa mereka lebih mudah diuruskan. Ayat 233 daripada surah al-Baqarah telah menyebutkan, jika ibu kandung tidak mampu menyusukan bayinya, dia boleh mengupah orang lain untuk menyusukannya. Daripada umumnya lafaz yang digunakan dalam al-Quran, ia menunjukkan tiada halangan untuk menyusukan bayi yang diketahui identiti ibu bapa mereka walaupun mereka adalah anak-anak yang terbiar.
15. Syarat yang berkaitan dengan ibu yang menyusukan adalah seperti berikut:
a. Seorang wanita anak adam. Tidak terkesan hukum pertalian kekeluargaan sekiranya bukan dari kalangan anak adam, seseorang lelaki atau seseorang yang bukan wanita asli.
b. Wanita yang menyusukan itu masih hidup sewaktu bayi disusukan.
c. Wanita itu mempunyai susu sama ada hamil atau tidak, berkahwin atau tidak, atau telah menopaus atau belum.
d. Tidak disyaratkan agama tertentu bagi wanita yang menyusukan seseorang bayi. Memandangkan tiada dalil yang melarangnya, dibolehkan bagi wanita bukan Islam untuk menyusukan bayi beragama Islam. Ia merupakansebahagian daripada sifat ihsan. Perkara ini disebutkan oleh Syaikh M.S. Al-Munajjid ketika beliau menjawab soal jawab kemusykilan agama berkaitan isu ini.
(Muhammad Saleh al-Munajjid, Can A Muslim Women Breastfeed A Christian Child?, 22 Mac 2004. Diperolehi daripadahttp://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503548106&pagename=IslamOnline-English-
Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar. Dilayari pada 25 Januari 2011.)
e. Walau bagaimanapun, makruh memberikan seseorang wanita bukan Islam menyusukan bayi beragama Islam. ( ‘UÎÉm al-‘Abd Zuhd dan Jamal al-Hubi, Kertas kerja Athar al-raÌÉ‘ah ‘ala ‘alaqÉt al-usariyyah, dibentangkan dalam Muktamar al-Syariah; al-tasyri‘ al-islamiy wa mutaÏalibÉt al-waqi‘ pada 13 -14 Mac 2006). Ini kerana susu itu tidak selamat daripada makanan atau minuman haram yang sebati dalam makanan dan minuman wanita tersebut. Justeru, ditakuti bayi akan mewarisi sifat buruk kesan daripada pemakanan tersebut. Perkara ini dikiaskan kepada hukum makruh mengupah wanita yang tamak untuk menyusukan seseorang bayi yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitab sunannya.
16. Syarat yang berkaitan dengan susu adalah seperti berikut:
a. Susu kekal dalam sifatnya yang asal sama ada mengalir atau sebagainya kerana dengannya akan memastikan tumbesaran tubuh dan penguatan tulang.
b. Sampai susu ke sistem penghadamannya melalui tekak atau saluran hidung.
c. Penyusuan mencecah lima kali kekenyangan bayi. Setiap kali kekenyangan dikenal pasti melalui perbuatan bayi itu sendiri yang meninggalkan susuan secara sukarela dan mengambil tempoh yang lama sebelum menyusu untuk kali yang seterusnya. Sekiranya bayi berhenti menyusu disebabkan oleh gangguan di sekelilingnya, ia tidak dikira sebagai susuan yang mengenyangkan. Susuan yang mengenyangkan tetap dikira sekiranya bayi meninggalkan susuan untuk sementara waktu seperti ingin mengambil nafas, bertukar posisi daripada payudara kanan ke kiri, bersin dan sebagainya.
17. Apabila semua syarat ini dipenuhi, maka terhasillah hubungan pertalian antara bayi dan wanita yang menyusukannya. Perkara ini disandarkan kepada kaedah fiqh:
Maksudnya: Diharamkan (perkhawinan) disebabkan oleh penyusuan (sepertimana) apa yang diharamkan disebabkan oleh keturunan.
18. Terdapat banyak hadis yang menunjukkan susur galur keluarga yang diharamkan berkahwin disebabkan oleh penyusuan. Berikut merupakan kesimpulan pihak yang diharamkan berkahwin dengannya disebabkan oleh penyusuan (Abdul Karim Zaidan, jil. 6, m/s: 237-238) :
a. Wanita yang menyusukannya;
b. Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
c. Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
d. Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
e. Ibu kepada wanita yang menyusukan;
f. Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
g. Adik-beradik wanita yang menyusukannya. Anak-anak kepada adik-beradik wanita tersebut tidak diharamkan berkahwin dengannya; dan
h. Wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang disusukan dan ke bawah.

HUKUM MENUBUHKAN/MENGURUSKAN BANK SUSU
19. Sehingga kini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia belum membuat sebarang keputusan berhubung hukum menubuhkan bank susu.
20. Oleh yang demikian, sebarang penjelasan berhubung penubuhan ini tidak dapat dibincangkan secara teliti. Walau bagaimanapun, sebarang usaha yang tidak bertentangan dengan syariah oleh mana-mana pihak demi menjaga prinsip-prinsip syariah sudah tentu mendatangkan kebaikan dalam Islam.

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers