BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SUKA BLOG SAYA? / LIKE MY BLOG?

Memaparkan catatan dengan label LaWak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LaWak. Papar semua catatan

Ahad, 18 September 2011

KISAH TOK BATIN

KISAH TOK BATIN

Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu
Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan
masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat
Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu.
Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500. Maka
dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari

kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan
dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la....... Maka pada
suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya... lalu
diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu
lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)

Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat
hentian bas..... Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada
seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah

syampai.....?" Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....

"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.

Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia
kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas. Last sekali dia
naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.

"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org
asli dari cara dia berpakaian.

" Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..",
jawabTok selamba.... lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak

lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.

Apabila sampai aje di pekan... konduktor memberi tahu penumpang, "OK
dah sampai turun pelan-pelan.....!"

Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju...
terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun
mukanya cemas... Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu

dia bertanya, "Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"

Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, "Mana shelipar aku..... tadi aku
naik aku taruk kat bawah tangga nie....... sapha kebassshh sheliparr
aku.........!!"

Papan Tanda

Papan Tanda

Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain". Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?" "Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan. "Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu. " Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan "oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309].


KACANG…..

KACANG…..

Seorang gadis membawa teman lelaki barunya yang berasal dari bandar pulang ke kampung untuk diperkenalkan kepada neneknya. Setibanya ke rumah, si gadis terus meluru masuk ke dapur dan memeluk neneknya. Lupa tentang teman lelakinya yang masih di ruang tamu, si gadis tersebut terus berbual dengan neneknya.
Teman lelakinya terus duduk di ruang tamu, sambil menantikan kekasihnya di dapur, dia terpandang semangkuk kecil kacang badam dan gajus di atas meja. Bosan menunggu, dia pun terus mengambil sebutir kacang, lalu di makannya.. setengah jam kemudian... habis semangkuk kacang itu dimakannya!
Si gadis setelah puas berborak dengan neneknya baru teringat yang teman lelakinya masih berada di ruang tamu. Lalu dia dan neneknya naik ke ruang tamu..
"Nenek, inilah teman lelaki saya yang saya katakan tadi..., Yang, minta maaf lupa nak kenalkan dengan nenek tadi" kata si gadis..
"Tak mengapa, saya pun nak minta maaf dengan nenek, habis semangkuk kacang nenek saya habiskan.." kata si pemuda itu pula.
"Itulah cu, cucu-cucu nenek ini suka berikan nenek coklat kacang, tapi nenek ni bukannya ada gigi, jadi nenek pun hisaplah coklat tu sampai habis, kacang nya keras jadi nenek letakkan dalam mangkuk tu..."


JAM DINDING

JAM DINDING

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

DIALOG DUA HANTU

DIALOG DUA HANTU

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

BURUNG KAKAK TUA…..

BURUNG KAKAK TUA…..

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi
hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.
Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli : Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam
Penjual : Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.


Kisah Biskut

Kisah Biskut.....ehemmmm..geRaMMnyee...

Ada satu cerita .....

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya darimememarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar

Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu bas/keretapi/kapalterbang...makan benda lain.
Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan
Moral 3: Selain daripada biskut, rokok juga sesuai untuk dikongsi bersama tanpa disedari.
Moral 4 : Lain kali simpan biskut yang kita beli.. makan biskut orang dulu..

     

  zaMann: "Sekarang siapa yg malu....ahakhakkk.."
(sumber: email)


Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers