BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SUKA BLOG SAYA? / LIKE MY BLOG?

Selasa, 6 Disember 2011

Tentang Dhia (Slot Akasia TV3)

Tambah kapsyen
AKu Suka cerita ni...........likelikelikelike..hehe
lagunye memang best..penyanyi ady putra sendiri
kisah cinta ini begitu meruntun jiwa penonton seperti aku ni...
kat Facebook lagi ramai yang nak bagi komen tentang setiap episod cerita ni.
ramainya peminat drama ni yer...
yang menariknya mestilah para pelakonnya yang hebat dan perjalanan cerita yang menarik..aku bagi 5 bintang la kat setiap watak yang dimainkan oleh para pelakonnya...good job!!! Nak tau lebih lanjut jom baca...

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki sangan dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.

Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.


0 ulasan:

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers