BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SUKA BLOG SAYA? / LIKE MY BLOG?

Selasa, 6 Disember 2011

THE WALKING DEAD
















Aku mula menonton cerita ni dalam saluran star movies(413)...pertama kali menonton..memang menarik perhatian aku dan terus melekat kat tv hingga ke hari ini..:)..yg menarik ialah bagaimana sekumpulan manusia meneruskan hidup di kalangan zombi..penuh cabaran,suspen...eeee.menyeramkan aku bila dorang nak kna gigit...tontonla semua yer...:)




KELANGSUNGAN THE WALKING DEAD
MUSIM kedua drama bersiri terbitan Fox International Channel, The Walking Dead kembali menemui peminat Malaysia di saluran Star Movies (413 Astro) dan Star Movies HD (433 Astro).


Episod pertama musim kedua drama ini sudah pun ditayangkan pada 23 Oktober lalu dan penonton dapat mengikuti drama bersiri ini setiap Jumaat pukul 11.00 malam.

Drama berdasarkan sebuah komik karya Robert Kirkman yang mengisahkan suatu masa selepas terjadinya bencana yang melibatkan zombi.

Sekumpulan manusia yang diketuai oleh seorang pegawai polis, Rick Grimes berhijrah mencari kawasan penempatan yang selamat dan lebih terjamin.

Pelbagai cabaran harus mereka tempuhi dalam memastikan keselamatan dari sebuah dunia yang telah dipenuhi oleh zombi yang sentiasa mencari mangsa.

Sepanjang perjalanan cerita nanti, setiap watak bakal mengalami perubahan kerana persekitaran hidup yang bahaya dan mencabar mengakibatkan ada di antara mereka yang sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup.

Menyambung cerita pada musim lalu, pegawai polis ini dan kumpulannya kembali berhijrah selepas gagal mencari penyelesaian kepada masalah zombi yang dialami.

Musim pertama The Walking Dead mendapat sambutan yang sangat baik daripada penonton tempatan dan pihak Fox juga mengharapkan yang serupa buat musim kedua ini.

Musim pertama drama ini telah tercalon dalam Golden Globe 2010 untuk siri televisyen terbaik dan merangkul Anugerah Emmy 2011 bagi kostum terbaik.

Episod pertama drama ini juga telah disiarkan serentak di lebih 120 negara dan menerima tontonan tertinggi dalam sejarah televisyen.



0 ulasan:

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers