Luruskan Hatiku Tuhan | iluvislam.com + discover the beauty of islam
SUKA BLOG SAYA? / LIKE MY BLOG?
Rabu, 30 November 2011
Luruskan Hatiku Tuhan | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Dicatat oleh elinnur di 11/30/2011 11:52:00 PTG 0 ulasan
Ahad, 27 November 2011
OMBAK RINDU : dari novel ke layar perak
Kemunculan filem genre drama romantik beri lebih pilihan kepada penonton
KALAU Sharad Sharaz sudah berjaya mengangkat novel Lagenda Budak Setan ke filem, itulah juga yang cuba dilakukan oleh Osman Ali apabila dia menghasilkan karya terbarunya Ombak Rindu.
Ombak Rindu adalah novel tulisan Fauziah Ashari yang dihasilkan kira-kira 12 tahun lalu. Ia mengangkat kisah cinta romantik mengenai gadis kampung yang terjerat ke lembah hina sehinggalah Izzah muncul untuk menjadi penyelamat masa depannya.
Pastinya kemunculan filem Ombak Rindu akan mengubah sedikit lanskap perfileman kita yang sarat dengan cerita seram walaupun diakui genre itu cukup diminati. Namun, kehadiran filem bergenre drama romantik sedikit sebanyak memberi pilihan kepada penonton untuk berubah selera.
Bagi Osman Ali yang juga antara pembaca naskah tulisan Fauziah itu, mengakui tawaran mengangkat karya sarat emosi itu ke medium lebih luas sebagai cabaran besar untuknya menterjemah pengorbanan cinta wanita dari sisi berbeza.
Sebagai pengkarya, lamaran Astro Shaw dan Tarantella Pictures Sdn Bhd untuk mengemudi adapatasi daripada novel ke skrin lebar sememangnya satu peluang yang sudah diidam sekian lama.
“Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, saya menyahut cabaran Sharad Sharan selaku penerbit untuk menggarap novel yang diikuti ramai peminat. Di dalam novel banyak plot serta ramai watak sampingan namun untuk filem kita menumpukan kepada subjek penting.
“Kisahnya masih menjurus kepada pergolakan hidup Izzah, kemelut dalam diri Hariz, kin merasai cinta isterinya itu selain tersepit antara permintaan keluarga dan kemahuan diri. Begitupun, kronologi kisah masih tiada perubahan, cuma ia lebih sarat dengan emosi,” katanya pada sesi sidang media Ombak Rindu.
Filem yang mengambil lokasi sekitar Kuala Lumpur, Langkawi, Kedah dan Danok (Thailand) itu dibarisi Maya Karin sebagai Izzah, Aaron Aziz (Hariz), Lisa Surihani (Mila), Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa dan Kamarul Yusof.
Akui Osman, antara cabaran sudah pasti ‘meMelayukan’ aktres berdarah kacukan, Maya Karin yang menunjangi filem ini baik dari segi karektor, penampilan mahu pun lenggok percakapannya malah dalam kisah ini Izzah dizahirkan bertudung selain pandai mengaji.
Pengarah ini menggunakan kepakaran Ellie Suriati sebagai pembimbing barisan pelakon untuk membentuk Maya sebagai Izzah serta ‘melarikan’ Lisa Surihani dengan karektor gadis agresif dan ia tidak sesukar disangka, malahan menakjubkan apabila masing-masing cukup menyerlah.
“Kami sengaja meletakkan Maya sebagai gadis kampung manakala Lisa menjadi agresif untuk mencari kelainan kerana sebelum ini belum pernah mereka mendapat watak yang sangat kontras. Karektor berlawanan ini antara warna yang menyerlahkan lagi perjalanan Ombak Rindu.
“Selain watak, keutamaan saya adalah syot cantik namun bagi saya antara momen yang cukup mencabar adalah penggambaran di tengah laut di Langkawi di mana satu kren besar di pasang semata-mata mahu mengambil sudut terbaik babak dalam kapal layar,” katanya mengenai filem yang mengambil masa 45 hari untuk disempurnakan itu.
Osman yang mengakui cukup teruja dengan pembikinan Ombak Rindu menyatakan Izzah sebagai simbolik nasib kaum wanita yang sering menjadi mangsa keadaan, ingin dicintai namun perasaan itu kadang-kadang menuntut pengorbanan yang tidak berpenghujung.
Sementara itu, Fauziah berkata usaha mengangkat novel itu ke pawagam sebagai penghormatan sekali gus menjadi bonus kepada pembaca yang sudah menantikan hasrta itu direalisasikan sejak sembilan tahun lalu.
Tersentuh dengan hati Izzah
MAYA Karin berasakan ditawarkan memegang watak gadis Melayu kampung bertudung yang pandai mengaji sebagai peluang keemasan untuk menepis tanggapan dirinya hanya sesuai melakonkan peranan wanita sofistikated dan urban apatah lagi banyak mainan dalaman perlu ditonjolkan.
“Ombak Rindu adalah novel Melayu pertama yang saya baca kira-kira 10 tahun lalu yang juga pemberian rakan. Terasa air mata menitis apabila mula-mula membacanya. Izzah sangat sabar, menyimpan rasa dan sanggup mengenepikan perasaan sendiri membuatkan saya cukup kagum.
“Apabila diminta menyelami watak Izzah dalam medium filem, saya mencari semula novel ini untuk membacanya. Biar berapa kali pun muka surat diselak hingga penamat, emosi saya seakan merasai segala yang dilalui Izzah. Jujurnya di alam realiti Izzah mengajar saya supaya lebih bersabar,” katanya.
Rakan seperjuangan, Lisa pula cukup berbesar hati menghidupkan watak Mila yang mempunyai sisi hitam dan putih sebagaimana insan lain cuma bezanya gadis ini terasa dikhianati membuatkan dirinya seakan memberontak.
“Secara logiknya manusia tidak terkecuali mempunyai sisi hitam dan putih. Sebagai bakal isteri kepada Hariz, saya perlu seimbangkan supaya tidak terlalu jahat dan tidak terlampau baik apabila di pengakhiran kisah ini ada kemanisan untuk dikongsi,” katanya yang tidak sabar menantikan kemunculan filem itu.
Kisah tragis menyayat hati itu juga disulami lagu tema yang menyentuh sanubari hasil gubahan Nurzaidi mengambil judul bersempena nama filem yang disampaikan Hafiz bersama Adira.
Dicatat oleh elinnur di 11/27/2011 06:59:00 PTG 0 ulasan
Ahad, 6 November 2011
Asid Folik
Mengapa asid folik diperlukan
Dicatat oleh elinnur di 11/06/2011 11:24:00 PTG 1 ulasan
Label: Ibu Hamil
Sabtu, 5 November 2011
NOVEL DAN CERPEN
Salam semua....haa ini adalah antara novel dan cerpen yang pernah saya baca...ada koleksi sendiri, pinjam dari teman2 dan family dan juga dari library....memang suka sangat baca novel.....tp dah lame xbaca sejak dah kahwin.....
sambungan dari siri 1...semakin menarik dan mencabar...
buku ka
Diana... dirinya terbiar hanyut dalam arus noda. Pertemuannya dengan Haikal terjadi pada saat hati terluka. Mungkinkah kasih dua insan ini akan kesampaian, impian akan menjadi kenyataan? |
Nurlisa Rahmat, seorang gadis sederhana yang mendapat pendidikan luar negara. Dia tersepit angkara wasiat daripada majikan ayahnya yang tak pernah diundang untuk menjadi seorang Donia. |
Sinopsis belakang buku: Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja... satu, satu pergi dan hilang. Sedikit summary dari saya: Kisah suka duka seorang gadis bernama Nina yang ditunangkan dengan sepupunya sejak dari sekolah. Tunangan nya pula adalah sepupunya sendiri anak kepada maklong nya(Jeff) yang mana maklongnya lah yang membesarkan Ninabersama Jeff. Setelah tamat sekolah Jeff pergi ke luarnegara melanjutkan pelajarannya. Nina menunggu dengan setia. Tiba saat Jeff menjejakkan kaki di KLIA, hati Nina berkobar-kobar untuk menyambut kekasih hatinya. Malangnya jiwa nya hancur luluh apabila melihat Jefri bergandingan tangan dengan sang gadis Nur Ayu seolah2 Nur Ayulah kekasih Jefri. Sejak dari itu, Nina berdendam tidak akan melayani Jefri yang telah meragut kasih sayang sejak kecil. Nina keluar dari rumah dan terus menyewa dirumah lain. Seterusnya hari-hari yang berlalu Nina bekerja keras dalam bidang peragaan sebagai pegawai pemasaran disamping menjadi model untuk iklan yang bersesuaian. Kerja keras nya untuk menghilangkan rasa kecewa yang dihadapi bersama Jefri. Kebetulan syarikatnya mengadakan kalendar untuk kebajikan bagi tahun akan datang. Nina terpaksa menjadi salah seorang peragawati memperagakan pakaian perkahwinan. Malang sekali tiada model yang bersesuaian hinggalah dia terfikir akan Jefri. Jefri pula telah menjadi ahli perniagaan yang terkenal dalam bidang tekstil meneruskan perniagaan bapanya (paklong). Dia mengembangkan sayap perniagaan ayahnya hingga ke timur dan berurusniaga secara langsung dengan pengedar dan pengilang dari India. Nina menganggap tugas itu professional dan tiada melibatkan urusan peribadi. Setelah siap kalendar pengantin tersebut, pasangan Nina-Jefri sungguh sepadan, mulai saat itu Nina mula merasa ada perubahan dalam hatinya. Jefri sebenarnya cuba menyelamatkan Nur Ayu dari membunuh diri akibat kecewa bercinta, tapi telah di salah tafsir oleh Nina. Nina pula cuba digoda oleh Tengku Zulhan untuk menjadi pengganti ibu kepada anaknya Elly yang cacat sejak kecil. Konflik demi konflik untuk menyatukan dan menguji kedua2 pasangan Nina-Jefri, kehadiran setiausaha Jefri, Siti Zulaikha juga menyebabkan cemburu Nina meluap-luap tapi didiamkan shj di dalam hati. Nina juga salah anggap terhadap Jefri, apabila maklongnya bertanyakan cincin pertunangan berlian untuk Siti. Nina pulang ke rumah maklong dan cuba berjumpa Jefri, malangnya hatinya terlalu lemah lalu meninggalkan majlis tersebut tanpa apa-apa pengetahuan tentang pertunangan tersebut yang sebenarnya Siti Zulaikha bertunang, tetapi bukan dengan Jefri tetapi dengan Noramin anak angkat maklongnya. Jefri pula sudah tidak tahan lagi dengan godaan dirinya untuk sentiasa bersama dengan Nina, 2 tahun Jefri memendam perasaan cintanya pada Nina. Setiap tengah malam dia akan menelefon Nina dan suaranya dirakamkan. Secara senyap2 Jefri mengaturkan supaya dia ditangkap khalwat bersama Nina. Ini menyebabkan Nina terpaksa mengahwini Jefri dalam perasaan 50-50. Walaupun mereka berkahwin, tetapi tiada malam pertama kerana Nina terlalu merajuk apabila suami nya Jefri menghilangkan diri pada malam tersebut untuk menyelamatkan Nur Ayu. Lalu Nina menetapkan peraturan bahawa ada garis sempadan dan tidak mahu suaminya menyentuhnya. Jefri terseksa zahir dan batin. Jiwanya tertekan sehingga dia kemalangan dalam lumba motor di litar. Di saat ini lah Nina mula menjinakkan diri dengan suaminya tetapi Jefri terlalu sakit untuk melayaninya. Pabila sembuh Jefri telah mendekati isterinya dan memaksa Nina. Tetapi Nina meronta-ronta, akhirnya mengalah juga. Jefri terasa kesal yang teramat seolah-olah perbuatannya itu adalah kesalahan yg amat besar. Padahal Nina menyukainya. Jefri menghilangkan diri tetapi muncul semula setelah 2-3hari begitulah keadaannya hingga Nina berasa amat kecewa. Setelah beberapa minggu, Jefri buat hal lagi dengan menghilangkan diri, waktu itu Nina sedang sakit-sakit dan dalam perjalanan hendak ke rumah Alex(kawan baik Jefri) Nina telah terjatuh dan keguguran 7 minggu usia kandungannya. Jefri terasa amat marah di dalam hati, dia menganggap Nina tak ingin mengandung anak mereka. Tetapi anggapan itu meleset, Nina menerangkan segalanya bahawa dia mahukan suaminya. Tiada lagi sempadan yg dilukis oleh Nina. Saat di hospital itulah Nur Ayu muncul bersama tunangannya. Barulah Nina berasa lega. Komen saya: Syahdu, mendayu-dayu, romantik, sedih dan tension sebab asyik salah faham aje, taknak berterus terang... salah satu contoh masalah dalam rumahtangga berpunca dari miscommunication... http://novelmalay.blogspot.com |
Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ. Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya. Dari perassan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti. Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri. Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni yang berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?. |
Dicatat oleh elinnur di 11/05/2011 09:47:00 PTG 0 ulasan
Label: Buku
Langgan:
Catatan (Atom)