BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SUKA BLOG SAYA? / LIKE MY BLOG?

Ahad, 6 November 2011

Asid Folik

Mengapa asid folik diperlukan

Written for BabyCenter Malaysia
·                            

Kenapakah saya perlukan asid folik? Terbitkan Catatan

Sebab sukar untuk anda mengambil makanan yang kaya dengan vitamin ini dengan secukupnya untuk membekalkan jumlah yang disarankan oleh pakar semasa kehamilan anda. 

Asid folik, juga dikenali sebagai folat atau folasin, adalah salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan anda memerlukannya untuk menghasilkan sel darah merah dan juga norefrinefrina dan serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf). Ia membantu menghasilkan DNA (bahan genetik badan), yang akan memulihkan fungsi otak dan ia merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. Asid folik juga satu daripada beberapa nutrien yang diketahui mencegah kecacatan tiub saraf seperti 
spina bifida, yang berlaku bagi 10 dalam setiap 10,000 orang bayi. 

Disarankan supaya setiap wanita yang ingin hamil atau di dalam satu pertiga (trimester) kehamilan untuk mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik dan diet yang kaya dengan folat untuk mengurangkan risiko bayi mendapat beberapa jenis kecacatan kelahiran. Wanita yang tidak mengambil asid folik secukupnya juga akan meningkatkan kemungkinan 
keguguran. Apabila anda dalam trimester kedua (dari minggu ke-13), anda boleh berhenti mengambilnya walaupun ia tidak merupakan perkara yang berbahaya bagi anda atau bayi anda jika anda terus mengambilnya. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan? 

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini dan juga bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi – pil lima miligram (mg) – bermula sebulan sebelum hamil, jika boleh, dan diteruskan sehingga tiga bulan pertama kehamilan. 

Jika boleh, asid folik elok diambil sebelum hamil sebab kandungan anda akan membesar dengan cepat, dan tiub saraf fetus akan matang dan diserkup setelah empat minggu pertama kehamilan. 

Perlukah saya mengambilnya? 

Walaupun pakar menyarankan pengambilan 400 mcg asid folik, mengambil makanan yang kaya dengan folat juda adalah penting. Lihat senarai di bawah untuk cadangan bagi makanan yang kaya dengan folat. 

Apakah sumber makanan yang terbaik? 

Sayur-sayuran berdaun hijau merupakan sumber yang baik, jadi cuba mengambil semangkuk salad atau sayur yang tidak terlalu masak setiap hari. 

Makanan berikut mengandungi 100 – 200 mikrogram folat bagi setiap hidangan: 

• Bayam(bayam), 1 cawan 
• Kacang bendi, setengah cawan
• Asparagus, setengah cawan 
• Lentil, setengah cawan 
• Hati, 1 keping 
• 11 kubis Brussels 
• Kacang black-eyed beans, 4 sudu makan 
• Emping bran, 7 sudu makan 
• Germa gandum, 25g / 1 aun germa gandum 
• Betik sederhana besar 

Makanan berikut mengandungi 50 – 100 mikrogram folat bagi setiap hidangan: 

• Brokoli kukus, 2 pucuk 
• Buah oren saiz besar 
• Nasi putih, setengah cawan 
• Oat, setengah cawan 
• Kacang merah, setengah cawan 
• Jagung saiz besar, 1 
• Biji bunga matahari, 1 aun 

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. 

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah. 

Apakah tanda-tanda kekurangannya? 

Anemia kekurangan folat dan anemia kekurangan zat besi mempunyai simptom yang hampir sama iaitu keletihan dan kelesuan badan. Kekurangan folat yang sederhana juga akan membuatkan anda merengus atau lekas marah. Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai diet anda, hubungi doktor anda yang akan merujuk anda kepada pakar diet. 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hi there hadlinelin.blogspot.com admin discovered your site via Google but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer backlink solutions seo basics backlinks 10000 backlinks Take care. steve

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers