BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

SUKA BLOG SAYA? / LIKE MY BLOG?

Sabtu, 5 November 2011

NOVEL DAN CERPEN


Salam semua....haa ini adalah antara novel dan cerpen yang pernah saya baca...ada  koleksi sendiri, pinjam dari teman2 dan family dan juga dari library....memang suka sangat baca novel.....tp dah lame xbaca sejak dah kahwin.....



Setelah kecewa cinta pertama, Nina cekalkan hati meneruskan hidupnya bersama ibu tersayang. Mengahwini Fikri, bekas kekasihnya bukanlah menjadi idamannya kini tetapi apakah NIna akan terus diulit kekecewaan yang terpendam di hati? Akan bahagiakah hidupnya nanti? Atau sekadar menambah kedukaan di hati yang tidak mungkin akan sembuh

Setelah kecewa cinta pertama, Nina cekalkan hati meneruskan hidupnya bersama ibu tersayang. Mengahwini Fikri, bekas kekasihnya bukanlah menjadi idamannya kini tetapi apakah NIna akan terus diulit kekecewaan yang terpendam di hati? Akan bahagiakah hidupnya nanti? Atau sekadar menambah kedukaan di hati yang tidak mungkin akan sembuh

Bersama sena yang masih berguguran, Zakri di perantauan cuba menggapai pelangi. Afikah pula dalam pelarian mengusir bayangan semalam. Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan... merealisasikan sebuah impian, untuk



Bila Sena Kembali Berbunga 2
Penulis: Amaruszati Noor Rahim
Terbitan Dwiwangsa
RM27.90
Cetakan Pertama: 2000
696 mukasurat


"Pelamin airmatanya menjadi tugu di taman percintaan"


Akhirnya kawin jugak Fika dgn Zek setelah cinta mereka terhalang tambah2 dengan kemunculan Ay dan juga Datin Salmah yg nak menantu kaya raya. Dlm ending part 1 ada dinyatakan Datin Salmah mcm malu nak berdepan dgn Fika setelah menantu idamannya ditangkap basah dgn lelaki lain. Tapi dalam sambungan ni, Datin Salmah masih tak bekenan dgn Fika walaupun sudah bergelar menantunya, tambah2 pula Fika tak mengndung lepas beberapa tahun mengahwini Zek. Zek tidak menjadikan anak sbg pengukur kasihnya pada Fika. Fika ada satu dlm sejuta dan dia sentiasa menghargai setiap detik bersama fika.


Ay bukan penghalang utama dlm kisah cinta mereka. Kali ni Julia pulak muncul. Bukan kiter jer meluat ngan Julia ni, Datin Salmah pun benci ngan Julia jugak. Memang ngengada tahap tak hengat la Julia ni. Dia cuba memisahkan Fika dan Zek secara ilmu hitam. Tergugat juga rumah tangga mereka, namun Fika sabar mencari jalan penyelesaian. 


Fika disindir ibu mertua lagi setelah mengambil anak Ay sbg anak angkat. Namun dugaan terbesar buat Fika adalah apabila Zek diperangkap Julia lalu terpaksa bernikah demi menjaga nama baik keluarga dan syarikat. Fika merelakan kerana dia tak mahu status keluarga Datin Salmah jatuh di mata masyarakat. Ada hikmah rupanya melalui pernikahan itu. Kasih Datin Salmah jatuh buat Fika yg penyabar dan menjaganya semasa sakit. Bagaimanapun kasih suami semakin jauh apabila Zek sekali lagi disihir Julia kerana Zek lebih mementingkan Fika. Sekali lagi Zek dirawat penuh sabar dan dia kembali normal. 


Julia datang merayu agar Zek berlaku adil dan berjanji akan berubah. Julia akhirnya mengandungkan anak Zek tetapi Fika keguguran. Julia makin berlagak manja dan conquer Zek utk spend lebih masa dgn dia kerana dia mengandungkan satu2nya zuriat Zek. Namun sikap bongkaknya itu terbalas apabila anak yg lahir down syndrome. Julia jadi gila meroyan dan kojol kemudiannya dan Fika lah yg mencurah kan kasih sayang buat anak Zek itu. Datin Salmah pun dah lembut hatinya. Anak angkat dan anak Zek diterima dgn penuh kasih sayang.


Masa kat Mekah Fika mendapat petua dari seorang wanita misteri dan akhirnya dia mengandung dan melahirkan zuriat Zek. Mengeratkan lagi kasih sayang mereka sekeluarga.

Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.




Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.


Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.


Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka

Novel ini mengisahlan tentang hati seorang wanita yang bernama Widad. Widad adalah seorang wanita yang mempunyai hati yang cekal seperti ayahnya jatuh cinta kepada seorang jejaka bernama Raof iaitu anak kepada majikan ayahnya. Ayah Widad adalah pemandu kepada ayah Raof.


Walaupun telah dilukai oleh Raof dengan pemutusan tali pertunangan mereka, Widad setuju juga untuk berkahwin dengan Raof untuk menjaga maruah Raof. Sebelum majlis pernikahan mereka, Widad telah membuat 'iou' diantara mereka berdua dan dipersetujui oleh Raof tanpa membaca terlabih dahulu.


Dalam tempoh perkahwinan mereka, pelbagai situasi yang menyedihkan terpaksa dilalui oleh Widad. Semua yang dirasainya di tulis kemas di dalam diarinya. Pada masa yang sama, Raof cuba menyayangi Widad tapi perasaan egonya yang tinggi menghalang Raof untuk meluahkannya.


Klimaks cerita cinta mereka apabila Widad menghilangkan diri setelah Raof bebas dari tuduhan di mahkamah dan iou yang mereka lakukan akan dilaksanakan. Raof yang baru mengetahui isi iou yang ditandatanganinya menyebut dia akan menceraikan Widad setelah kes mahkamah selesai.


Raof seperti hilang arah setelah mengetahui semua itu dan meminta nasihat bapa mertuanya untuk menyelesaikan masalah ini. Raof berjanji untuk berubah dan menyayangi isterinya. 


Akhirnya Widad dan Raof hidup bahagia....



sambungan dari siri 1...semakin menarik dan mencabar...
buku ka


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.


Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.


Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



Diana... dirinya terbiar hanyut dalam arus noda.
Pertemuannya dengan Haikal terjadi 
pada saat hati terluka. Mungkinkah kasih 
dua insan ini akan kesampaian, 
impian akan menjadi kenyataan?


Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.


Akhirnya, Nurul mengetahui juga yang bukan hanya dirinya mendambakan kasih Ahmad Fuad. Yang menjadi saingannya adalah Ellina Batrisya Tan Sri Salleh. Bukan hanya perbezaan darjat yang menjadi persoalannya tetapi keluarga Ahmad Fuad sendiri menyokong hubungan Ellina bersama Ahmad Fuad. 


Tinggallah Nurul terkapai-kapai sendiri mencari kekuatan untuk mempertahankan cintanya. Sangkanya Ahmad Fuad hanya mempergunakannya untuk membalas perbuatan Ellina yang pernah meninggalkannya dulu. 


Bersama prasangka itu, Nurul menghilangkan diri dari Ahmad Fuad. Membawa hati yang luka ke daerah yang tak mungkin Ahmad Fuad jejaki. Keluarga Nurul jugak menyokong tindakan Nurul.


Tanpa di sangka. Tanpa dipinta pertemuan kembali terjadi antara Nurul dan Ahmad Fuad. Ahmad Fuad meminta penjelasan atas tindakan Nurul itu. Namun segalanya sudah berakhir bagi Nurul. Hatinya sudah terluka. Luka yang parah.


Setelah Ahmad Fuad menerangkan kedudukan yang sebenarnya, namun masih belum cukup kuat untuk menarik kembali Nurul kembali ke pangkuannya. Ahmad Fuad tekad. Hati Nurul harus di tawan semula. Dia akan berusaha agar Nurul jatuh cinta semula pada dirinya biarpun keluarganya masih enggan menerima Nurul.


Benar kata orang, kalau dah jodoh tak kemana. Akhirnya, Nurul mengalah dan menerima kembali Ahmad Fuad dalam hidupnya apabila dia menyedari hanya lelaki itu yang bertahta di hatinya. Dan keluarga Ahmad Fuad juga merestui hubungan mereka. Mereka pun disatukan dan bahagia hingga ke akhirnya. 


"Kau untukku", desis hati Nurul Umairah bahagia.

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?




TAKDIR menemukan semula Delilah dan Aminudin setelah sekian lama terpisah. Dengan rasa sedih, kecewa dan rajuk berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris, lukanya berparut lama. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu, nenek dan datuknya yang buta.

Sekaya mana pun lelaki itu, masih tidak membuka pintu hatinya. Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya. Datuknya yang buta, tapi tidak buta hatinya. Datuknya yang buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya.
Pun begitu, mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya? Apalah guna akal fikiran jika tidak digunakan sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan, menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Malah, jauh di sudut hati dia ingin sekali menikmati dakapan kasih seorang ayah dalam hidupnya.

Ayah... andai kemaafan ini kuberi, namun dapatkah kuberikan setulus kasihku padamu? Ya ALLAH... perkenankanlah doa hamba-MU ini agar kebuntuan dan kekeliruan ini dapat dileraikan.


Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpasksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini disembunyikan oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, dendam rindunya terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya...

Haziqah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!
Bagi fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya.. tetapi kecunrangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz.. sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya ouas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...

Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap berasa bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.


Hasrat untuk meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.


Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilemma. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

Pertemuan Dianza dan Azril adalah suatu kebetulan yang indah. Namun, kerana merasakan diri tidak pantas untuk bercinta, mereka membiarkan diri memendam rasa. Masing-masing terpisah membawa arah sendiri, tanpa kata kepastian. Antara sahabat dan kekasih. Persahabatan dan percintaan. Bumi kampus telah menemukan Dianza dan Fredie. Dalam diam, ada rasa kasih yang bertunas. Rindu bertandang bila berjauhan, namun bukan mudah untuk mendapat kata pasti daripada seorang lelaki bernama Fredie. Lalu, Dianza membiarkan hari-hari berlalu dengan seribu harapan yang menanti. Cabaran datang menduga, Dianza bertemu dengan Azril semula. Pertemuan yang memaksa dia membuat pilihan. Perlukah dinanti kasih Fredie atau menerima Azril hanya kerana simpati? Dan di tangan Dianza, ada segala jawapannya.


Aku tahu perkahwinan buakn menjenjikan syurga...bukan janji bahagia, tp sepenuh hati dan jiwa ku pertaruhkan. aku sangka kita berkongsi impian serupa membina istana bahagia, tapi rupa2nya kehadiran ku bagaikan tidak bermakna. reaksimu dingin dan beku.
.
sungguh kesucianku tidak tercela, tp...aku difitnah oleh siapa sehingga kau tidak mahu menyentuhku?Zairi mengapa hubungan kita aneh begini? Rahsia apakah sehingga kau cuba sembunyikan hingga segalanya terus menjadi misteri. aku tau cinta ku berbalas tp mengapa tidak pernah kau melafazkannya?




Novel ini adalah kesinambungan dari 5 novel Aisya Sofea yang di atas.  Bagaimana Ika, Farah Umairah, Kay dan Intan mendewasakan diri mereka dalam meniti hari-hari bersama insan tersayang? Mampukah Fikri, Lukman, Fuad, Zainal dan Ashman mempertahankan kebahagiaan dan ikatan kasih sayang yang terbina dalam melayari alam rumahtangga mereka? Penulis bijak menggunakan kisah-kisah permasalahan keluarga yang sering melanda di dalam kehidupan suami isteri di masa kini di dalam novel beliau seperti konflik bersama mertua, bagaimana melayan perasaan anak tiri, kewujudan orang ketiga, perubahan rupa bentuk badan dan zuriat.


Tajuk novel : Tangisan Bulan Madu
Penerbit : CESB
Terbitan : 2001


Menganggur setelah memerah tenaga dan membuang usia untuk mendapatkan segulung ijazah dari universiti adalah pengalaman yang menyakitkan. Amira tidak dapat memenuhi harapan keluarga, kekasihnya memutuskan cinta untuk mengahwini gaids lain, percintaannya dengan Bogatt dihalangi oleh Puan Marina yang memelih darjat. Setelah akhirnya Bogatt berjaya juga memimpin tangannya ke pelamin, mereka tidak sempat berbulan madu. Mengapa?


DIA lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.
Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati? 
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?

Nurlisa Rahmat, seorang gadis sederhana yang mendapat pendidikan luar negara. Dia tersepit angkara wasiat daripada majikan ayahnya yang tak pernah diundang untuk menjadi seorang Donia.

ATIA dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan sama-sama bekerja sebagai remiser. Hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Tetapi bagi Atia, sbg seorang perempuan dia tidak mahu mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sbg kekasih atau sekadar sahabat.
Lain pula dgn Fikri. dia sememangnya menyintai Atia ttp sengaja hdk menguji gadis itu. dia mula mereka cerita yang dia sudah bertunang. Atia walaupun tidak mengaKu sebenarnya dia menyintai Fikri berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu.
Fikri menjadi kelam kabut apabila mendapat tahu Atia hendak berhenti kerja. Dia cuba menjelaskan perkara sebenar pada Atia tapi Atia enggan menerimanya. Oleh kerana tidak mempunyai cara lain, Fikri terpaksa membuat pelan yg agak keterlaluan utk menjelaskan segalanya kpd Atia sblm gadis kesayangannya itu terlepas jauh. Dgn bantuan Halimah, kakak Atia dan rakan-rakan sekerja lain, Fikri menculik Atia.

Dalam 'Emosi' ini, Alia dan Azali adalah sepupu yang pernah membesar bersama dan Alia trauma semasa dgn Azli di waktu kecilnya kerana ayah Azli suka mendera Alia dan Azli ni sekadar menurut tindakan bapanya. Masa tu dia masih kecil dan nakal. 




Ibu saudaranya tak tahan dengan penderaan yg diterima Alia lalu menghantar Alia utk tinggal bersama atuk dan neneknya.




Azli dibesarkan di luar negara oleh ibunya. Azli ni kira jadi manusia la biler mak dia yang didik. Alhamdulillah. 




Kepulangan Azli ke kampung dan ke rumah atok dan nenek menggugat ketenangan Alia. Luka lama berdarah kembali. Azli tak menyangka Alia menyimpan dendam zaman kanak2 mereka hingga kini. Lebih menyulitkan keadaan apabila Azli jatuh cinta pada Alia, gadis yang tenang dan baik hati. Haaa cemana ya nak ngorat orang mcm Alia tu?

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurny,bgimana harus disukat bahagie jika dlm hati Intan Azureen,berkocak dilanda asmara.


Seraut wajah tenang itu,tiba2 gerubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar lunakkn aty y duka.Bagaimana harus djelaskn; setianay bukan lagi utk Hanif Azman tunangny. Tapi kasihny suda brpaling jauh pada Hanif Ashman dlm sekelip mata!


Siapa merampas dn siapa dirampas? siapa y pnya hak dn siapa yg tak pnye hak?Intan Azreen lemas dtengah2 kekusutan. dia harus teguh memegang jnji wasiat; membina rmh tgge dgn lelaki pilihan lelaki pilihan keluargany.


Atas desakan keluarga melawan kehendak aty, dia harus mmbuat pilihan y tepat. Hanif Ashman cuma mimpi. Hanif Azman adlh realiti. tapi mimpi itu selalu mmbygi  hidupny. Ah, sukar menidakkn takdir sedgkn cintany hnye utk Hanif Ashman seorg. Jadi,bagaimana?


Dia teka, dilema ini harus dinokhtahkn. Siapapun y trpilih, dia akur akn melimpahkan kejujuran sepenuh aty. Tapi siapa y dpt mengongsi hidupnya sepanjang hayat???


Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .


Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!


Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.


Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!


Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?




Harga : RM 18.00
Halaman :592
ISBN : 983-124-187-8

GERIMIS DI HATI bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya, Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin dengan wanita Inggeris. Rahsia kewujudan Emily hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagaisalah seorang penerima harta pusaka.

Syarifah Yasmin, kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Apatah lagi, melihatkan kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid berbalas.

Berjayakah Syarifah Yasmin melakukannya? Bagaimanakah Tengku Farid melalui kehidupan tanpa Emily? Mampukah Tengku Farid melakukan pengorbanan atau Tengku Farid sendiri yang terpaksa menjadi korban?




Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya. 

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya. 

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini. 

Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. 

Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. 

Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli. Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama? Taufik sebenarnya mempunyai makwe yang bernama Isabella...seorang model....yg cantik....penggoda tetapi mempunyai niat jahat....Taufik tak pernah melayan Salina sebagai seorang isteri...sedangkan salina adalah isteri yang sgt baikk....namun akhirnya....taufik kecundang nafsu sebagai insan bernama suami....tapi bukan atas kerelaan salina...Apabila mereka berbaik dan menajalani kehidupan sepasang suami istaeri yg bahagia...Isabella bangkit utk menghancurkannya.....





Ika bertemu dengan Fikri ketika sedang membawa diri jauh di negara orang. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah.

"Aku mahu saja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain. Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja..."

Bagai telah dijangka, hubungan singkat itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh-jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.

"Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada."

Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga... takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Hubungan kasih kembali bertaut. Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan.

Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata-mata kerana cinta ini? Antara keluarga dan cinta... kenyataan ini sesungguhnya terlalu perit, terlalu pahit. Namun, dia terpaksa menghadapinya! Terpaksa...!

Sinopsis belakang buku:
Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja... satu, satu pergi dan hilang.

Sedikit summary dari saya:
Kisah suka duka seorang gadis bernama Nina yang ditunangkan dengan sepupunya sejak dari sekolah. Tunangan nya pula adalah sepupunya sendiri anak kepada maklong nya(Jeff) yang mana maklongnya lah yang membesarkan Ninabersama Jeff. Setelah tamat sekolah Jeff pergi ke luarnegara melanjutkan pelajarannya.

Nina menunggu dengan setia. Tiba saat Jeff menjejakkan kaki di KLIA, hati Nina berkobar-kobar untuk menyambut kekasih hatinya. Malangnya jiwa nya hancur luluh apabila melihat Jefri bergandingan tangan dengan sang gadis Nur Ayu seolah2 Nur Ayulah kekasih Jefri.

Sejak dari itu, Nina berdendam tidak akan melayani Jefri yang telah meragut kasih sayang sejak kecil. Nina keluar dari rumah dan terus menyewa dirumah lain. Seterusnya hari-hari yang berlalu Nina bekerja keras dalam bidang peragaan sebagai pegawai pemasaran disamping menjadi model untuk iklan yang bersesuaian. Kerja keras nya untuk menghilangkan rasa kecewa yang dihadapi bersama Jefri.

Kebetulan syarikatnya mengadakan kalendar untuk kebajikan bagi tahun akan datang. Nina terpaksa menjadi salah seorang peragawati memperagakan pakaian perkahwinan. Malang sekali tiada model yang bersesuaian hinggalah dia terfikir akan Jefri.

Jefri pula telah menjadi ahli perniagaan yang terkenal dalam bidang tekstil meneruskan perniagaan bapanya (paklong). Dia mengembangkan sayap perniagaan ayahnya hingga ke timur dan berurusniaga secara langsung dengan pengedar dan pengilang dari India. Nina menganggap tugas itu professional dan tiada melibatkan urusan peribadi.

Setelah siap kalendar pengantin tersebut, pasangan Nina-Jefri sungguh sepadan, mulai saat itu Nina mula merasa ada perubahan dalam hatinya. Jefri sebenarnya cuba menyelamatkan Nur Ayu dari membunuh diri akibat kecewa bercinta, tapi telah di salah tafsir oleh Nina. Nina pula cuba digoda oleh Tengku Zulhan untuk menjadi pengganti ibu kepada anaknya Elly yang cacat sejak kecil.

Konflik demi konflik untuk menyatukan dan menguji kedua2 pasangan Nina-Jefri, kehadiran setiausaha Jefri, Siti Zulaikha juga menyebabkan cemburu Nina meluap-luap tapi didiamkan shj di dalam hati. Nina juga salah anggap terhadap Jefri, apabila maklongnya bertanyakan cincin pertunangan berlian untuk Siti. Nina pulang ke rumah maklong dan cuba berjumpa Jefri, malangnya hatinya terlalu lemah lalu meninggalkan majlis tersebut tanpa apa-apa pengetahuan tentang pertunangan tersebut yang sebenarnya Siti Zulaikha bertunang, tetapi bukan dengan Jefri tetapi dengan Noramin anak angkat maklongnya.

Jefri pula sudah tidak tahan lagi dengan godaan dirinya untuk sentiasa bersama dengan Nina, 2 tahun Jefri memendam perasaan cintanya pada Nina. Setiap tengah malam dia akan menelefon Nina dan suaranya dirakamkan. Secara senyap2 Jefri mengaturkan supaya dia ditangkap khalwat bersama Nina. Ini menyebabkan Nina terpaksa mengahwini Jefri dalam perasaan 50-50.

Walaupun mereka berkahwin, tetapi tiada malam pertama kerana Nina terlalu merajuk apabila suami nya Jefri menghilangkan diri pada malam tersebut untuk menyelamatkan Nur Ayu. Lalu Nina menetapkan peraturan bahawa ada garis sempadan dan tidak mahu suaminya menyentuhnya. Jefri terseksa zahir dan batin. Jiwanya tertekan sehingga dia kemalangan dalam lumba motor di litar. Di saat ini lah Nina mula menjinakkan diri dengan suaminya tetapi Jefri terlalu sakit untuk melayaninya.

Pabila sembuh Jefri telah mendekati isterinya dan memaksa Nina. Tetapi Nina meronta-ronta, akhirnya mengalah juga. Jefri terasa kesal yang teramat seolah-olah perbuatannya itu adalah kesalahan yg amat besar. Padahal Nina menyukainya. Jefri menghilangkan diri tetapi muncul semula setelah 2-3hari begitulah keadaannya hingga Nina berasa amat kecewa. Setelah beberapa minggu, Jefri buat hal lagi dengan menghilangkan diri, waktu itu Nina sedang sakit-sakit dan dalam perjalanan hendak ke rumah Alex(kawan baik Jefri) Nina telah terjatuh dan keguguran 7 minggu usia kandungannya.

Jefri terasa amat marah di dalam hati, dia menganggap Nina tak ingin mengandung anak mereka. Tetapi anggapan itu meleset, Nina menerangkan segalanya bahawa dia mahukan suaminya. Tiada lagi sempadan yg dilukis oleh Nina. Saat di hospital itulah Nur Ayu muncul bersama tunangannya. Barulah Nina berasa lega.

Komen saya:
Syahdu, mendayu-dayu, romantik, sedih dan tension sebab asyik salah faham aje, taknak berterus terang... salah satu contoh masalah dalam rumahtangga berpunca dari miscommunication...
http://novelmalay.blogspot.com


·                                 Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun...cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab... melepaskannya jua satu tanggungjawap yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi...dan sampai bila Puteri harus harus digantung tidak bertali...



Dee suatu masa dahulu adalah seorang gadis tomboy yang tak pedulikan
penampilan diri sbg wanita. Khabar sedih yang dibawakan kepada Hakim

membuat Hakim menangis sendu dalam dakapan Dee dan mereka terlanjur.

Kerana bimbang Dee akan mengandung, mereka bernikah, tetapi Dee malu

bila mendapati dirinya tidak mengandung lalu membawa diri. Beberapa

tahun kemudian mereka ditakdirkan bertemu dalam satu syarikat yang

sama, yg kini dimiliki Hakim. Dee yg kini dipanggil 'Puteri' jauh

berbeza dari Dee hingga Hakim langsung tidak mengenalinya. Manakala

bagi Puteri, Hakim tetap bertakhta di hatinya dan tak dapat mengawal

perasaan terhadap Hakim hingga mengganggu prestasi kerjanya. Sedikit

demi sedikit Hakim mula menyedari yang Dee adalah Puteri. Rasa cinta

yang amat mendalam kepada Hakim menjadikan Puteri berani dan

meluahkan perasaan kepada Hakim. Ntah la kenapa Hakim berat nak
menerima Puteri sedangkan Puteri tu isterinya dan memang sah2 dia nak
kat Puteri tu. Dia meletakkan syarat, sekiranya Puteri dapat menakluk
hatinya dalam masa 6 bulan, barulah dia akan menjadi milik Puteri
sepenuhnya. Rasanya Puteri amik masa 6 minit saja utk 'menakluki'
Hakim. Hakim serba salah kerana ugutan bapanya supaya dia berkahwin
dengan anak rakannya, kalau tidak masa depan adik kesayangannya pulak
akan menjadi taruhan sbb kalau bukan Hakim, adiknya pulak yg akan
dikahwinkan dgn anak lelaki rakannya tu yang terkenal dgn sikap buaya
daratnya.


Ternyata kebenaran sememangnya menyakitkan. Tetapi apakah pilihan yang dia ada? Semuanya sudah menjadi jalan mati. Cuma dia masih berharap agar kebenaran boleh membawa sedikit perubahan.


"Mimpi, Jadilah Penyataan...Aku Tak Rela Kehilangan"


Cinta yang tidak dilafazkan ibarat pohon rendang yang tak berbuah. Begitulah derita yang membekam di hati Maizura. Dia menanti Wan Baharin melafazkan cintanya. Namun, lelaki itu kian jauh tanpa sebarang janji untuk sehidup semati.
Sejak itu hanya rindu saja yang memujuk hatinya agar terus menanti. Tiga lelaki datang silih berganti untuk menagih kasihnya. Namun, bayangan Wan Baharin menghantui kenangannya. Dan dia sendiri masih terus mengharap, sedangkan harga sebuah penantian sentiasa dibayar dengan air mata.
Akhirnya, Wan Baharin kembali untuk melafazkan bahawa Maizura adalah cintanya, Maizura adalah rindunya dan Maizura adalah sesuatu di hatinya sejak dulu lagi. Apakah rindu semalam itu menjadi impian atau igauan hari esok?



Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet! 
Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya! 
Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara.
Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang!

RINA begitu komited dalam kariernya di sebuah syarikat buku di ibu kota. Prinsipnya, tugas dan peribadi tidak boleh diselaraskan dalam suatu masa. Oleh itu dalam waktu yang singkat dia berjaya membina kedudukannya dengan jawatan yang lebih baik.


Kepercayaan Rina terhadap cinta musnah bila Kamarul berlaku curang di belakangnya. Namun, kehadiran Adam telah merubah prinsipnya terhadap lelaki. Dalam benci, dia mula tertarik pada lelaki itu. Dan Adam sendiri telah melafazkan cinta pandang pertamanya pada Rina.


Namun, kemunculan Kamarul telah menggugat cinta Adam dan Rina. Keadaan semakin rumit bila Cynthia dan Celine, merayu kasih Adam kembali.


Wajarkah Rina meninggalkan Adam sedangkan lelaki itu tulus dalam cintanya?

Category:Books
Genre:Romance
Author:Nia Azalea
Seredup Kasihmu by Nia Azalea
Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd


"Hatiku berbunga setelah dihinggapi kumbang kasihmu."


Nia Azalea never fail to deliver a story in her writing, making it sweet and enjoyable to read. "kau Yang Satu' is a super duper hit and this one saya tengok tak kurang hebatnya. Kalau disemak bilangan ulang cetak, dalam tempoh 3 tahun (2003-2006) sudah 6 kali wo.


mengisahkan seorang gadis bernama lea yang dibenci maklongnya kerana Lea adalah anak luar nikah adiknya yg telah meninggal dunia. Lea jadi seoran gyg suka menyendiri. Emir pulak student yg tak pentingkan pelajaran, result exam dia mengecewakan. utk mengelakkan leteran ibunya, dia cuba mendapatkan bantuan dari best student, Lea Haryani. Lea menolak permintaan itu kerana dia lebih senang study sorang2. Macam2 cara Emir cuba utk mendptkan Lea sbg mentornya.


Akhirnya dgn bantuan seorang pensyarah, Lea terpaksa menerima Emir sbg anak murid.


Sesi-sesi study bersama menjadikan mereka sahabat, Lea masih menjaga batas2 hubungan mereka dan mlarang sama sekali Emir menghubunginya di kampung maklongnya. Bila Emir mula meluahkan persaannya, Lea membuka rahsia yg dia adalah anak luar nikah dan tak tahu asal usulnya.


Ibu Emir mulanya mahu emir kawin dgn anak sorang Datin yg merupakan orang kuat dlm persatuan wanitanya, tapi lepas overheard perbualan datin tu yg mengutuk ngutuknya di belakang, dia berubah menjadi ibu dan isteri yg bertanggungjawab & melepaskan jwatannya dlm persatuan wanita. Emir tetap setia pada Lea.


Maklong pulak menerima tamparan takdir apabila Meyza, anak kesayangannya keguguran anak luar nikah dan lelaki itu enggan bertanggungjawab. Lea yg baik hati tu tak menggunakan peluang itu utk menyindir maklong dan sepupunya, sebaliknya dia berjaya memperbaiki hubungan dlm keluarga itu dan mereka memulakan hidup baru sbg sebuah keluarga yg sebenar.


Perhubungan dgn Emir mula berantakan bila Emir cuba mengajak Lea bersosial sepertinya dan mengajaknya bersuka ria di kelab malam. Semasa meluahkan kemarahannya, Emir mengungkit tentang Lea yg tak tentu asal usulnya. hati Lea terguris lalu dia nekad menoktahkan hubungan cinta mereka.


5 tahun kemudian Lea menjadi seorang wanita yang berhati waja manakala Emir pula seorang pecina setia yg sentiasa menanti kasihnya dgn Lea bertaut semula. Salah sangka menjadikan Lea dan Emir saling cemburu, dan akhirnya Lea dipinang 'Wan'. Lea cuma tahu ada sorang 'Wan' yang menaruh minat padanya, tapi bila dia confront orang tu, rupanya bukan. Tak sangka la pulak Wan tu adalah Emir Safwan.


Emir dpt tau dari kawan Lea yg maklongnya pernah berjanji yg sesiapa yg meminang Lea selepas ini dia akan terima saja sbb Lea tu dah byk kali tolak pinangan orang. Emir menceritakan kisah bgaimana hbuungan dia dan LEa putus kepada ibunya.. ibunya amat bersimpati dgn Lea dan marah kat Emir sbb melukakan hati Lea.


Kisah silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan ke dua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Maklongnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa.


Lea Haryani tidak begitu senang dgn sikap maklongnya. apa saja yang dilakukan oleh Haryani tidak menyenangi hati Maklong. Ada-ada saja kesalahan yan gdicari. Bukan itu sahaja, Maklang juga suka mengungkit asal usul keturunan menyebabkan lea haryani terasa kerdil untuk berhadapan dgn masyarakat.


Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, sikapnya yang pasif terbawa-bawa ke Universiti. di universiti dia tdak mempunyai kawan rapat kecuali kawan sebiliknya bernama Suziyan.


Emir Safwan yang satu kulia dgn Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.


Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani menyuruh anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tetap dengan pendirian memilih Lea Haryani. Akhirnya berlakulah konflik. Lea Haryani mengalah dan menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar menyintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga yang harus dibayar untuk itu satu kemaafan?


RM19.90
560 mukasurat



Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ. 

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya. 

Dari perassan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti. 

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri. 

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni yang berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?.




0 ulasan:

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers